April 6, 2011

Minggu Peperiksaan


Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian. Hari ini, saya akan cuba menulis dan menyampaikan isi blog ini dengan lebih sopan dan dedikasi (tak jumpa word laen yang bleh digunakan). Baiklah, seperti tajuk di atas, minggu ini adalah minggu peperiksaan. Ya, saya tau minggu peperiksaan merupakan minggu yang amat ditunggu oleh para pelajar seperti *kita* yang sentiasa bersedia dari mental dan fizikal. Kepada yang sentiasa bersedia, syabas diucapkan. Kepada yang anda yang suka belajar masa akhir (last-minute study), kita geng *high five*

Namun, minggu exam yang saya ingin ceritakan ini sangatlah berbeza dari pengalaman saya sebelumnya. Di minggu exam ini, saya tidak lagi calon yang termanggu di kerusi, merenung syiling untuk mencari ilham, mengetuk pensel di ubun-ubun dengan harapan maklumat yang diharapkan muncul diminda. Saya tidak lagi menduduki peperiksaan. Saya menjaga peperiksaan. Tiba-tiba rasa sangat tua. Terhibur melihat anak didik yang berusaha sedaya upaya memerah otak, tidak kurang juga yang berusaha menjeling kawan disebelah, dan mengangkat tangan setinggi mungkin untuk bertanyakan kemusykilan beserta jawapan dari teacher. Hep! Buat sendiri! Tanpa sedar, teacher yang menjaga exam tersengih keseorangan mengingatkan beratus-ratus kenangan menduduki peperiksaan. Dan, tiba-tiba teacher rasa sedih sebab ia telah berlalu dengan sangat pantas. Lalu, untuk mengatasi rasa sedih itu, teacher telah cuba merakam saat-saat pertama sebagai penjaga penunggu peperiksaan.

 Bilik darjah warna hijau yang teacher terlebih suka

Hakim: Teacher nak bayar royalti tak amik gambar kitorang ni?
Teacher: Klau bagi kamu extra marks dikira royalti tak?
Hakim: Terbaiklah teacher! Amik la gambar saya banyak-banyak.


Hahahahaha
(pardon, tolong bagi saya gelak dulu). 

Proses menanda kertas peperiksaan adalah sangat menarik serta menggeletek usus saya.Gelak lagi
Anak-anak didik kesayangan saya ini memanglah tersanagat comel sehingga saya mula bertanya diri sendiri “adakah aku dulu secomel mereka ini?” Serius,mereka sangat comel

Hahaha
Gelak lagi.

Di kertas jawapan, bukan sahaja saya dapat menilai pencapaian pelajar. Malah, saya dapat banyak kata-kata yang memujuk supaya diberikan ehsan, lukisan kreatif, ucapan-ucapan sayang untuk melembutkan hati dan  juga bebelan ikhlas dari anak-anak didik. (anak-anak didik atau anak didik-anak didik ye?) 
Contohnya:
To: Prepared (Penyedia kertas soalan @ me)
Cikgu, susah tau x
kena buka sini sana kertas ape ni?
pening...lagi membazr masa
from: my dear students

Situasi 1: Teacher sedang buat-buat sibuk menanda kertas jawapan di meja guru, lalu kedengaran lah suara sumbang memanggil "Teacher, Teacher". Teacher yang prihatin melihat muka kesian anak murid terus melangkah dengan bersemangat kearah beliau.
Teacher: Yes?
Student: "I close my eyes..."-tetibe nyanyi lagu Justin Bieber dengan penuh ekspresi
Teacher: "If you close your eyes, then you are dead"-buat muka stern xjadik sambil tahan gelak
Bleh pulak die buat lawak time exam! Mesti tension sngt jawab soalan math. 
Hahaha, mereke semua comel.

Okay, saya kene bebel dan difool dengan students. Tak pe, nanti teacher bebel kat kamu panjang-panjang sebab kamu tak skor kertas saya. Revenge is sweet, ait?




0 comments:

Post a Comment