Saya takut. Saya takut.
Saya lemah. Saya lemah.
Saya negatif. Saya negatif.
Saya pendendam
Saya pendendam
Ini kali pertama perasaan rendah diri, kurang yakin dengan diri, mempersoalkan kelayakan diri dan rasa ingin tunduk pada setiap kelemahan diri; menyerang selepas tiga minggu berpraktikal. Rasa ingin mengalah.
Esok, aku akan dipantau oleh guru pembimbing. Hal ini adalah biasa bagi guru praktikum, namun, aku meragui kelayakan dan kemahiran diri kerana peristiwa lepas. Peristiwa yang buatkan aku hilang keyakinan diri apabila seorang pemantau berada di belakang bilik darjah, memerhati dan menilai setiap tingkah laku, cara pengajaran, pemaikan, perwatakan, isi pegajaran, cara penyampaian; yang melayakkan diri menjadi seorang guru.
Peristiwa "micro-teaching" yang lepas, yang sangat terkesan di minda aku. Setiap kali terfikirkan peristiwa itu, hati rasa sangat sakit, sangat terkesan dengan apa yang terjadi. Setiap kali imej terimbau, hati makin keras, makin susah untuk memaafkan. Kerana anda yang terlibat. Kerana anda semua, rasa sebak tak pernah hilang walau beberapa bulan telah berlalu. Kerana anda semua, saya rasa saya tidak berguna. Kerana anda semua, saya fobia. Kerana itu, saya mengangap memaafkan serta melupakan adalah ssngat sukar. Kerana anda semua, saya hilang kepercayaan terhadap kawan. Ya, saya pendendam.
Esok, aku akan cuba sedaya upaya menggantikan memori hitam itu dengan suatu yang dapat aku banggakan. Kerana kamu semua tiada disni lagi. Tiada lagi hamba allah yang tersenyum sinis apabila melihat aku dalam kepayahan dan kesempitan. Aku akan cuba sebaik mungkin.
2 comments:
Dear eyie, hrp bsabar...kuatkan semgt,mu bley punyer...=)
(^__^) Saje emo petang td. Ni udah ok, tgh brusaha top up ilmu untuk ajar bdak2 tu esok.
Post a Comment